LAMAN WEB RASMI

Maahad Muhammadi Tumpat

"Pendidikan Syumul, Menjana Generasi Rabbani"

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Maahad Muhammadi Tumpat. Kami komited dalam menyediakan pendidikan Islam holistik ke arah melahirkan modal insan cemerlang di dunia dan akhirat berteraskan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Warga Guru dan Kakitangan MMT

Warga Guru dan Kakitangan

Maahad Muhammadi Tumpat 2026

Hala Tuju Institusi

Misi Sekolah

Membangunkan Sistem Pendidikan Islam yang syumul dan lestari kearah melahirkan insan rabbani yang mampu memimpin.

Visi Sekolah

Menjadi Sebuah Institusi Pendidikan Islam Yang Unggul selari dengan Dasar Pendidikan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Pengetua MMT

Setitis Tinta Serangkap Rasa

Kata-kata Aluan Pengetua

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t,

Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana Buku Perancangan Pengurusan Sekolah Maahad Muhammadi Tumpat (MMT) Tahun 2026 telah berjaya disiapkan. Buku Perancangan ini akan menjadi panduan kepada para guru dan kakitangan sekolah bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan. Semoga dengan panduan ini setiap kerja akan menjadi lebih lancar dan teratur.

Matlamat sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi Sahsiah, Akhlak, Akademik dan Kokurikulum bertepatan dengan Misi Sekolah untuk membangunkan Sistem Pendidikan Islam yang syumul dan lestari kearah melahirkan insan rabbani yang mampu memimpin.

Oleh itu sokongan berterusan daripada pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan warga MMT akan menjadi pemangkin untuk mencapai Visi Sekolah menjadi Sebuah Institusi Pendidikan Islam Yang Unggul selari dengan Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Pengurusan Am

Barisan Pentadbir Maahad Muhammadi Tumpat bagi tahun 2026

Pengetua MMT

HJ. AUBAIDILLAH BIN YUSOFF

Pengetua

PK Pentadbiran

PN. RUHAIZA BINTI RAMLI

Penolong Kanan Pentadbiran

PK HEM

HJ. NAZRI BIN MALEK

Penolong Kanan HEM

PK Kokurikulum

PN. NOR AZILA BINTI RAZALI

Penolong Kanan Kokurikulum

Kempen Wakaf & Infaq

Bagi Dana Pembangunan Maahad Muhammadi Tumpat

PROJEK UTAMA

Menyiapkan Dewan Serbaguna MMT

Ayuh bersama-sama menyumbang untuk menyiapkan Dewan Serbaguna Maahad Muhammadi Tumpat demi keselesaan para pelajar menuntut ilmu dan melaksanakan pelbagai aktiviti sekolah.

Pahala jariyah yang berterusan

Kemudahan untuk 1000+ pelajar

Salurkan Sumbangan

Melalui akaun rasmi PIBG MMT

Bank Rakyat Logo

Bank Rakyat

1100 082 357

PIBG MMT

Atau imbas DuitNow QR

DuitNow QR Code